dunia sekali lagi telah digemparkan dengan kekejaman pengganas antarabangsa / international terrosist ( baca:israel laknatullah ) terhadap misi kemanusian gaza iaitu misi life line for gaza (LL4G) yang menaiki kapal mavi marmara. tentera israel telah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke gaza ini yang disertai oleh aktivis2 kemanusian dari pelbagai NGO dan negara.misi ini disertai oleh pelbagai NGO dari malaysia iaitu terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.
misi kemanusian ini adalah semata-mata bertujuan membawa bantuan makanan,kesihatan,bahan2 binaan dan lain kepada rakyat palestin di gaza. tetapi misi ini telah diganggu oleh tentera israel yang memang berniat untk menghalang dari sebarang bantuan sampai kepada rakyat palestin.
ramai aktivis2 yang menyertai misi LL4G ini syahid dalam serangan pihak tentera israel yang tidak berhati perut membunuh orang awam yang tidak bersenjata. juga perkara ini mendapat tentangan antarabangsa kerana serangan ini berlaku di perairan antarabangsa yang mana israel tidak mempunyai hak utk menyerang dikawasan tersebut.tetapi dengan kebongkokan israel yang menganggap mereka kuasa dunia telah melanggar hak tersebut
aktivis2 malaysia seramai 12 orang bersama-sama aktivis2 lain yang dianggar 600orang semuanya yang berada di atas kapal mavi marmara telah ditahan oleh tentera israel laknatullah hampir 28jam.tanpa ada belas kasihan,aktivis ini telah diperlakukan umpama binatang,tidak diberi makanan,minuman dan dihalang dari pergi kemana-mana sekalipun ke tandas. lebih menyayat hati, cuba bayangkan 1bar coklat snikker dikongsi oleh seramai 30orang hanya utk mendapat sedikit tenaga sepanjang ditahan.
tetapi..
walaupun misi LL4G ini tidak mencapai objektif utk membawa bantuan ke gaza,namun ia telah membuka mata dunia mengenai kekejaman israel sehingga turki, iaitu negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan israel telah mengutuk tindakan tersebut secara terang-terangan kerana kebanyakan aktivis yang syahid adalah dikalangan rakyat turki.
sekarang, bagaimana cara lagi utk kita membantu saudara-saudara kita dipalestin. hatta dengan misi membawa bantuan secara aman sekalipun telah diputar belit media antarabngsa (pro-israel) yang dikatakan membawa sejata api dan adalah adegan propaganda anti-israel.
menolak/menentang israel adalah termasuk jihad,amar makfur nahi mungkar. sesungguhnya menolak kemungkaran itu ada 3 cara - tangan(kuasa),lidah(ucapan) dan hati(membenci). kita mempunyai kekuatan dalam ketiga-tiga cara tersebut.tetapi mcm mane kita gunakannya utk menolak kemungkaran. macam mana kita gunakan tangan/lidah/hati utk menolak kekejaman israel?..sama-sama kita fikirkan
sesungguhnya islam itu agung. ALLAH S.W.T telah menjanjikan kemenangan kepada islam..tetapi bila ia akan muncul???..sesungguhnya ia pasti akan muncul kerana ianya janji ilahi.
sama-sama kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di palestin.
Posted by
realiti..
at
2:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment